Anak damit penghijrah lahir di kapal Itali

Anak damit penghijrah lahir di kapal Itali

ROM, 4 Mei (Reuters) – Kira-kira 6,800 penghijrah lagi telah diselamatkan dari bot yang penuh sesak untuk menyeberangi ke Eropah pada hujung minggu lalu, termasuk seorang ibu yang melahirkan anak damit perempuan di atas kapal tentera laut Itali, menurut pengawal pantai.

Bilangan penghijrah yang dalam perjalanan berisiko untuk mencari kehidupan lebih baik telah berterusan meningkat selama dua minggu selepas lebih 900 orang mati lemas dalam kapal karam Mediterranean paling buruk.

Kru dari kapal tentera laut Itali, Bettica telah menemui seorang wanita yang melahirkan anak di dalam bot semalaman – salah sebuah daripada 34 perahu yang dipintas pada hujung minggu.

Gambar yang disiarkan dalam online menunjukkan anak perempuannya yang baru dilahirkan itu tidur dalam buaian buatan sendiri yang dihiasi dengan simpulan berwarna merah jambu.

“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam kesihatan yang baik,” menurut tentera laut dalam satu kenyataan.

Para penghijrah duduk di kapal tentera laut Itali, Vega semasa operasi menyelamat di luar pantai Sicily. – Reuters
Para penghijrah duduk di kapal tentera laut Itali, Vega semasa operasi menyelamat di luar pantai Sicily. – Reuters

Hidup tanpa berundang-undang dan anarki di Libya – tempat terakhir di laluan transit utama ke Eropah – telah memberi kebebasan penuh kepada penyeludup manusia yang menghasilkan purata sekitar 80,000 euro dari setiap seperahu kapal itu, menurut siasatan berterusan dari mahkamah Itali.

Lautan tenang dan cuaca sederhana juga dijangkakan akan menekan jumlah ketibaan penghijrah dari Itali bagi tahun ini kepada 200,000, pertambahan sebanyak 30,000 tahun lepas, menurut unjuran Kementerian Dalam Negeri.

Polis mengatakan para pegawai telah menyelamatkan seramai 21 pendatang tanpa izin di dalam bot di luar pantai selatan Sepanyol hari ini.

Ramai penghijrah yang telah membuat perjalanan menyeberangi laut tahun ini adalah terdiri daripada warga Eritrea, Somali, Afghanistan, Syria dan Nigeria, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

ARTIKEL YANG SAMA