Anak damit tersekat dalam tandas

Anak damit tersekat dalam tandas

BEIJING, 4 Ogos (Agensi) – Media setempat China mengatakan pihak polis telah menyelamatkan seorang anak damit baru lahir yang tersekat kepala ke bawah di sebuah tandas awam di Beijing. Dia kini dalam keadaan stabil di sebuah hospital di ibu negeri.

Balai polis yang bertanggungjawab atas operasi penyelamatan itu mengesahkannya hari ini selepas ia telah dilaporkan oleh akhbar Beijing Times, yang mengatakan pihak polis sedang berusaha untuk mengenal pasti siapa penjaga anak damit perempuan itu.

Ibu-ibu Cina yang tidak berkahwin boleh meninggalkan anak damit yang baru lahir disebabkan stigma sosial yang berkaitan dengan kelahiran luar nikah. Kadangkala mereka membuang anak damit baru lahir dengan kecacatan.

Akhbar tersebut mengatakan pihak polis telah pergi ke tandas awam itu kelmarin sebaik saja menerima satu laporan tangisan bunyi bayi.

Ia mengatakan polis telah melihat kaki anak damit itu dalam paip tandas dan seorang polis memasukkan tangannya ke dalam paip tersebut untuk secara perlahan menariknya keluar.

ARTIKEL YANG SAMA