Anak Joe Biden meninggal dunia

Anak Joe Biden meninggal dunia

WASHINGTON, 31 Mei (AFP) – Beau Biden, anak sulung Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang juga bekas peguam negeri Delaware, telah meninggal dunia akibat barah otak, keluarganya mengumumkan semalam. Dia berusia 46 tahun.

Beau Biden yang pernah berkhidmat di Iraq sebagai peguam bersama Pengawal Tentera Kebangsaan Delaware telah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Walter Reed berhampiran Washington.

“Dia telah melawan penyakit barah otak dengan integriti, keberanian dan kekuatan sama ditunjukkannya dalam kehidupan sehariannya,” keluarga timbalan presiden itu berkata dalam satu kenyataan.

“Seluruh keluarga Biden amat sedih. Kami tahu bahawa semangat Beau akan terus hidup bersama kami semua – terutamanya melalui isterinya yang tabah, Hallie, dan dua orang anak mereka, Natalie dan Hunter.”

Beau Biden dianggap pernah bertanding sekejap bagi jawatan Senat AS untuk menduduki kerusi yang dikosongkan apabila ayahnya menjadi naib presiden selepas pilihan raya 2008, tetapi dia akhirnya memutuskan untuk terus bekerja sebagai peguam negeri Delaware.

Gambar fail 27 Ogos 2008 menunjukkan Beau Biden, anak lelaki Joe Biden (kanan). – AFP
Gambar fail 27 Ogos 2008 menunjukkan Beau Biden, anak lelaki Joe Biden (kanan). – AFP

Obama telah memberi penghormatan semalam, memuji komitmen Beau Biden kepada keluarganya.

“Seperti ayahnya, Beau adalah seorang lelaki Katolik yang baik hati dan begitu setia, yang membuat perbezaan dalam kehidupan mereka yang menyayangi dan dia terus hidup dalam hati mereka,” kata Obama dalam satu kenyataan.

“Tetapi semua yang telah dicapai oleh Beau Biden dalam hidupnya, tidak ada yang membuatkannya merasa lebih berbangga, lebih gembira, tidak menumpu sepenuhnya pada kasih sayang dan kesetiaannya pada keluarganya. Sama seperti ayahnya,” tambah presiden lagi.

Kepergiannya menandakan satu lagi kehilangan besar buat Joe Biden, yang isteri pertamanya dan anak damit perempuannya telah terbunuh dalam kemalangan kereta ketika mereka membeli belah untuk Krismas dalam tahun 1972.