Anak lelaki Perdana Menteri UAE meninggal akibat serangan jantung

Anak lelaki Perdana Menteri UAE meninggal akibat serangan jantung

ABU DHABI, 20 Sept (Reuters/Agensi) – Dubai mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari selepas anak kepada pemerintah Emiriah Arab bersatu (UAE), berusia 33 tahun meninggal dunia, lapor agensi berita rasmi kelmarin.

Sheikh Rashid Mohammad Rashid Al Maktoum, anak kepada Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Sabtu, kata agensi itu lagi. Solat jenazah diadakan selepas Maghrib di Masjid Zabeel. Upacara pengebumian pula diadakan di kawasan perkuburan Umm Hurair di Bur Dubai.

Bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung itu. Sheikh Rashid adalah anak sulung Sheikh Mohammed. Saudara Rashid, Sheikh Hamdan adalah Putera Mahkota Dubai.