Anak Marcos tanding jawatan presiden

Anak Marcos tanding jawatan presiden

MANILA, 26 Ogos (AFP) – Anak bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jnr. mengumumkan bakal menimbangkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden pada pilihan raya akan datang bagi meneruskan perjuangan ayahnya.

Marcos Jnr., atau lebih popular dengan sapaan Bongbong berkata, beliau tidak akan bertanding pada penggal kedua sebagai senator, tetapi menyasarkan jawatan sebagai presiden atau naib presiden.

“Hasil perbincangan dengan kumpulan berbeza, saya membuat keputusan untuk menyasarkan jawatan yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemubual oleh saluran televisyen ABS-CBN.

Ahli politik berusia 57 tahun itu menjelaskan, bukan mudah untuk beliau membuat keputusan bertanding jawatan presiden buat masa ini.

Tampuk pemerintahan Ferdinand Marcos Snr. hanya kekal selama dua dekad iaitu sehingga tahun 1986 sebelum berjuta-juta rakyat Filipina mencetuskan revolusi People Power.

Anak bekas diktator Filipina Ferdinand Marcos Jnr. (kiri) yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden.
Anak bekas diktator Filipina Ferdinand Marcos Jnr. (kiri) yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden.

Keluarga Marcos melarikan diri ke Amerika Syarikat manakala bapanya di buang negara dan meninggal dunia di Hawaii pada tahun 1989.

Seluruh keluarga termasuk isterinya Imelda, kembali pada tahun 1991 dan berjaya membuat kemunculan semula dalam arena politik.

Bongbong memenangi jawatan dalam Dewan Senat pada tahun 2010, buat kali pertama sejak kematian ayahnya. Kemenangan itu menjadikan waris keluarga Marcos diangkat di peringkat kebangsaan.

Balu Ferdinand iaitu Imelda, 86, turut meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden untuk keluarganya namun kurang mendapat sambutan. Orang ramai lebih berpihak kepada anaknya, Bongbong untuk memegang jawatan presiden berbanding Imelda.

Presiden Filipina sekarang, Benigno Aquino, adalah satu-satunya zuriat Corazon Aquino, musuh ketat politik keluarga Marcos yang dibunuh pada tahun 1983 sehingga menyebabkan pemberontakan tiga tahun kemudian.

Isteri kepada Corazon Aquino kemudian mencetuskan revolusi lalu menjadi presiden pertama negara selepas kejatuhan Marcos. Menonjolkan sifat berubah-ubah politik Filipina, Marcos berkata, mahu bertanding bagi jawatan Naib Presiden pada tahun depan atas dasar dikatakan anak emas kepada presiden semasa Jejomar Binay.

Dikenali sebagai aktivis hak asasi manusia semasa pemerintahan Marcos, beliau yang merupakan naib presiden Filipina turut menghadapi tuduhan rasuah yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Ini politik Filipina, anda tidak boleh menolak kemungkinan perkara yang anda tidak menyangka akan berlaku dan boleh berlaku. Jangan sekali-kali mengatakan tidak pernah,” katanya ketika ditanya mengenai kesatuan Binay.

Bulan lalu, Aquino berkata, Menteri Dalam Negerinya, Manuel Roxas, merupakan calon yang sesuai sebagai pengganti pilihannya.