Anak muda seni melangkah hidup baru ke bangunan terbengkalai

Anak muda seni melangkah hidup baru ke bangunan terbengkalai

PARIS – Bangunan ini pernah menjadi sebuah wad ginekologi di sebuah rumah sakit di selatan Paris namun kini, bangunan yang berusia 26 tahun itu telah menjadi sebuah studio seni Margot di bandar raya besar itu.

Bersembunyi di sebalik dinding yang bertopengkan mamah dan kerosakan, bangunan itu dalam proses yang hebat di mana beberapa orang anak seni sedang bekerja keras bagi menyiapkan sebuah lukisan ilustrasi, grafik dan menghidupkan kembali ruang bangunan tersebut setelah lama terbengkalai.

Dengan hanya mengenakan bayaran setinggi 17 pound (RM80) bagi setiap meter persegi kawasan itu setiap bulan, para penghuni merasakan bayaran itu sangat berpatutan bagi menampung kehidupan mereka.

“Ini membolehkan saya untuk mempunyai sebuah tempat yang stabil dan aman untuk bekerja malah Margot bukan hanya satu-satunya individu yang mendapat manfaat daripada cara penggunaan baru bekas rumah sakit itu malah turut dibangunkan kembali oleh Persatuan Plateau Urbain (Platform Urban).

Dianggarkan sekitar 1,000 pekerja asing, belia dan juga mereka yang telah kehilangan tempat tinggal berlindung di bangunan terbengkalai itu. Manakala, bagi usahawan-usahawan pula, bekas bangunan rumah sakit itu menjadi ruang bagi mereka untuk melaksanakan pelbagai bentuk pekerjaan.

Bandar raya Paris sedang mengalami banyak bangunan terbengkalai dan telah dimanfaatkan oleh kebanyakan artis-artis seni untuk memperkembangkan lagi perjalanan seni mereka.
Bandar raya Paris sedang mengalami banyak bangunan terbengkalai dan telah dimanfaatkan oleh kebanyakan artis-artis seni untuk memperkembangkan lagi perjalanan seni mereka.
Studio mereka diubah suai bertepatan dengan cita rasa mereka sendiri malah kadar sewa pula amat murah dengan hanya 150 pound sebulan. – AFP
Studio mereka diubah suai bertepatan dengan cita rasa mereka sendiri malah kadar sewa pula amat murah dengan hanya 150 pound sebulan. – AFP

“Kami juga turut melihat orang ramai datang ke bangunan tersebut untuk minum kopi atau para pelancong berkunjung dan melawat kawasan itu dan kawasan ini dikenali sebagai salah satu usaha besar dalam mengintegrasikan sosial,” tambah Margot kepada AFP.

Percubaan untuk mengunakan bangunan terbengkalai itu diilhamkan oleh kehebatan dunia seni Berlin yang kelihatan sangat meriah dan meletakkan pemilik bangunan terbengkalai harus berhubung kuat dengan penyewa yang mempunyai potensi dalam membangunkan kembali bangunan tersebut.

Laisney, pernah bermimpi idea ini akan mampu berkembang dengan lebih baik semasa beliau sedang menjadi penganalisis hartanah dengan sebuah syarikat besar di negara itu.

“Saya mendapat tahu sekitar 2.9 juta meter persegi bersamaan dengan 31 juta kaki persegi adalah kawasan yang ditinggalkan dan terbengkalai dan baru-baru ini telah mula disewa dengan begitu cepat sekali.

Idea ini adalah untuk meletakkan ruang terbengkalai itu kepada sesuatu yang perlu digunakan semula,” tambah Laisney kepada wartawan AFP.

Projek pertama kumpulan itu bermula pada tahun 2013 yang mana telah menyaksikan pertumbuhan artis-artis seni yang semakin berkembang dalam menubuhkan studio mereka sendiri.

Studio mereka diubah suai bertepatan dengan cita rasa mereka sendiri malah kadar sewa pula amat murah dengan hanya 150 pound sebulan. Kejayaan projek itu semakin berkembang setelah sokongan telah diberikan oleh Plateau Urbain dalam membiayai tugasan beberapa orang artis yang berpotensi besar dalam bidang seni.

Mengelakkan bangunan terbiar

Cara sebegini sedikit sebanyak berfungsi untuk memberikan para penyewa satu kadar yang rendah dan bekerja dengan lebih dekat dalam ruang Plateau Urbain namun kebanyakan artis seni masih merasakan perbelanjaan itu amat cukup bagi membangunkan ruang studio mereka.

Organisasi itu mempunyai sedikit pekerja namun sukarelawan yang sangat banyak malah para sukarelawan tidak dibayar gaji dan baru-baru ini, pemindahan dan menaik taraf bangunan itu telah dimenangi oleh pengiat seni, Laurent Vuidel, Ketua Persatuan Perumahan bersama organisasi, Lerichmont.

pgm10_161018_d

Dianggarkan sekitar 1,000 pekerja asing, belia dan juga mereka yang telah kehilangan tempat tinggal berlindung di bangunan terbengkalai itu dan berlindung.
Dianggarkan sekitar 1,000 pekerja asing, belia dan juga mereka yang telah kehilangan tempat tinggal berlindung di bangunan terbengkalai itu dan berlindung.

Vuidel berkata, “Ia merupakan satu alternatif yang sangat efektif untuk menjana hartanah yang kosong dan pada bulan April yang lalu, saya telah menyerahkan sekumpulan artis seni, kunci untuk sebuah bangunan yang mempunyai keluasan 530 meter persegi di selatan ibu negara Perancis.”

“Kami telah berjaya berhenti membayar kos untuk mendapatkan bangunan itu dan telah menyumbang pendapatan yang tinggi daripada sewa para penghuni melalui caj bulanan seperti pemanasan, elektrik dan lain-lain lagi,” tambah Vuidel kepada wartawan AFP.

Pada mulanya, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja dan tidak digunakan malah bangunan itu tidak berkembang dan dipenuhi dengan lalang yang tinggi.

Sebelum ini beliau mempunyai sebuah bilik dan kemudiannya disewakan kepada pelajar-pelajar yang sedang memikirkan isu tentang pendidikan masa depan mereka.

Kini, bekas bangunan universiti itu telah menjadi sebuah hab kepada kebanyakan para pelukis seni, pereka, pengukir tembikar dan artis landskap. “Bagi kami, ia adalah satu rangsangan untuk satu persembahan seni,” jelas Nicolas Bouchet, pengendali kolektif Labolic.

Pragmatisme Urban

Walaupun Vuidel percaya bahawa projek itu akan mampu bergerak jauh namun beliau masih terasa sedikit bimbang tentang masa depan beliau.

“Kita perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku jika kita membuat satu keputusan untuk membeli banguann belakang yang sudah terbengkalai dan timbul persoalan adakah kita akan berusaha untuk menghidupkannya kembali.

Bagi organisasi, Plateau Urbain, matlamat mereka amat mudah sebagaimana apa yang telah diperkatakan oleh Laisney sebagai ‘Pragmatisme Urban’.

Beliau ingin melihat projek itu menjadi satu sistem penyelesaian dalam menangani masalah bangunan terbengkalai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA