‘Anak panah perak’ diberi penghormatan

‘Anak panah perak’ diberi penghormatan

MADRID, 14 Okt – Legenda Real Madrid, Alfredo Di Stefano (gambar) yang mengemudi gergasi Sepanyol itu menjulang lima kejuaraan Eropah pada era 1950-an diberi penghormatan apabila namanya diabadikan di sebatang jalan oleh pihak berkuasa tempatan bandaraya terbabit.

Penyerang prolifik kelahiran Argentina itu yang diberi jolokan ‘anak panah perak’ ketika era kegemilangannya dan meninggal dunia pada tahun 2014 di usia 88 tahun sebelum ini turut dilantik sebagai Presiden Kehormat Real.

Beliau pernah melatih Real namun dengan sedikit kejayaan dicapai.

Jalan itu terletak berhampiran dengan kompleks latihan Real dan tidak jauh dari lapangan terbang utama bandaraya itu, Barajas.

Di Stefano yang mendapat naturalisasi dari Sepanyol memenangi anugerah Ballon d’Or sebagai pemain terbaik Eropah pada tahun 1957 dan 1959 menjaringkan 307 gol sepanjang 396 penampilan bersama Real.

Bergandingan dengan perancang dari Hungary, Ferenc Puskas, legenda Perancis, Raymond Kopa dan legenda Sepanyol, Paco Gento, Di Stefano memenangi lima trofi Piala Eropah berturut-turut bermula pada tahun 1956 hingga 1960. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA