Anak Polis diraikan

Anak Polis diraikan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Seramai 18 orang murid terbaik dan 55 orang murid yang menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2015 di Taman Didikan Anak-anak Polis Diraja Brunei diraikan pada majlis penyampaian sijil serta hadiah di Pusat Latihan Polis Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid yang dialu-alukan oleh Pengerusi Taman Didikan Anak-anak Polis Diraja Brunei, DSP Roziawatty binti Haji Abdul Rahman.

Majlis dibuka dengan bacaan doa selamat yang kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid terbaik 2015 yang disempurnakan Pemangku Guru Besar taman didikan berkenaan, Dayang Armah binti Haji Mohd Taib.

Tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada 55 orang murid taman didikan berkenaan sebelum majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian dan tarian yang melibatkan murid-murid serta ibu bapa.

Datin Hajah Kamariah ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang murid Taman Didikan, kelmarin.
Datin Hajah Kamariah ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang murid Taman Didikan, kelmarin.
Telatah dan aksi murid Taman Didikan ketika menyampaikan persembahan pada majlis itu.
Telatah dan aksi murid Taman Didikan ketika menyampaikan persembahan pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA