Anak Rod Stewart penyerang

Anak Rod Stewart penyerang

ANCHORAGE, Alaska, 29 Okt (Agensi) – Bintang Rock Rod Stewart sangat meminati bola sepak terutamanya kelab kesayangannya kelab bolasepak Celtic berpangkalan di Glasgow, Scotland.

Bagaimanapun tumpuannya beralih ke sukan hoki ais disebabkan oleh minat anaknya.

“Ayah saya ingin tahu jika pasukan saya menjaringkan gol. Itu saja yang dia ingin tahu. Dia mahu tahu pasukan saya menang atau menjaringkan gol,” kata anaknya, Liam Stewart.

Liam, 21, bermain selaku penyerang baru menyertai pasukan Alaska Aces sebuah pasukan liga pembangunan ECHL berkaitan dengan pasukan Minnesota Wild dalam NHL.

Liam memiliki ketinggian 186sm dan berat 181-paun, dilahirkan di London.

Liam adalah anak Stewart bersama supermodel Rachel Hunter yang sudah berpisah dan dia membesar di Los Angeles bersama ibunya.

ARTIKEL YANG SAMA