Anak seni tempatan menang di Festival Filem Cannes

Anak seni tempatan menang di Festival Filem Cannes

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

PARIS – Festival Filem Cannes telah diadakan bermula dari 13 Mei sehingga 23 Mei 2015 yang merupakan sebuah festival filem yang terkemuka di dunia. Pada dasarnya, Cannes adalah sebuah kawasan yang terletak di Perancis iaitu di bawah negeri di cote d’ Azur yang berdekatan dengan Laut Mediterranean. Ramai pelakon dan selebriti terkenal yang hadir ke festival untuk mempertandingkan dan mempertaruhkan filem dan filem pendek mereka.

Tahun ini, Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Abdul Khabir Zainidi yang merupakan seorang pengarah filem pendek ‘Jentingkai’ yang sekaligus berjaya merangkul kemenangan di festival itu. Filem pendek ‘Jentingkai’ telah menjalani sesi penggambaran di Daerah Tutong yang mengisahkan tentang seorang budak yang terjumpa tembigai di pantai yang di dalamnya menyimpan satu rahsia. Ia adalah sebuah filem yang bergenre dongeng dan Abdul Khabir telah berjaya menarik minat penonton antarabangsa.

Menurut Abdul Khabir, kebanyakan penonton di peringkat antarabangsa mengatakan bahawa mereka merasa kagum dan keindahan Pantai Tutong yang dipertontonkan di dalam filem pendek itu. Secara tidak langsung, filem pendek itu juga telah mempromosikan Brunei dan bakat-bakat tempatan di mata dunia

Selain itu, Abdul Khabir juga merasa bersyukur kerana berkesempatan untuk mempromosikan negara melalui sebuah dokumentari berjudul Family and Artists of Brunei. Menerusi dokumentari itu, beliau juga telah memuatkan sebuah temubual bersama Faridah Haji Ibrahim (Pelakon Wanita Popular 2007) dan Harliff Mohammad di dalam filem yang berdurasi 30 minit itu.

Pengarah filem pendek Jentingkai, Abdul Khabir Zainidi bergambar bersama dengan Pengarah film Perancis Camille, semasa red carpet di Festival Filem Cannes.
Pengarah filem pendek Jentingkai, Abdul Khabir Zainidi bergambar bersama dengan Pengarah film Perancis Camille, semasa red carpet di Festival Filem Cannes.

Ramai pihak yang tertarik dengan dokumentari itu setelah dipertontonkan. Jepun dan Kanada direncanakan bakal menerima dokumentari itu untuk dipertandingkan. Perkara ini sekaligus membuatkan Abdul Khabir Zainidi bersyukur kerana menjadi harapan negara yang menjadi wakil tunggal bertanding di Filem Festival Cannes pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA