Anak syarikat SapuraKencana raih kontrak di Mexico

Anak syarikat SapuraKencana raih kontrak di Mexico

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd, SapuraKencana Mexicana S.A.P.I. de C.V. (SKM), meraih kontrak pemerolehan dan pembinaan bernilai RM461 juta di Mexico.

Dalam kenyataan hari ini, SapuraKencana berkata, kontrak itu, dianugerahkan oleh Pemex Exploración y Producción, bagi pemerolehan dan pembinaan saluran paip gas (KMZ–76) daripada Platform E–KU–A2 ke Platform CA–AJ–1(J4) di Ciudad del Carmen, Campeche, Mexico.

“Skop kerja-kerja tersebut terdiri daripada pengangkutan dan pemasangan saluran paip, pengubahsuaian pada struktur sisi atas dan kerja-kerja dasar laut, termasuk pemerolehan dan pengurusan projek,” katanya.

SapuraKencana berkata kontrak tersebut dijadualkan akan bermula pada bulan ini sehingga Mac 2017. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA