Anak tempatan tamatkan maraton di Singapura

Anak tempatan tamatkan maraton di Singapura

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Hajah Fatimah Az-Zahrah binti Abdullah, seorang pegawai dari Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah mencatat sejarah baru setelah menamatkan larian penuh 42 kilometer pada acara Marathon Osim Sundown di Singapura baru-baru ini.

Menurut kenyataan TelBru di sini, Hajah Fatimah Az-Zahrah telah berjaya menamatkan maraton tersebut dengan catatan masa enam jam yang juga merupakan penyertaan beliau yang pertama.

Selain daripada menyertai maraton dalam negeri, Hajah Fatimah Az-Zahrah juga pernah turut serta dalam larian maraton antarabangsa seperti di ASCI Greater Manchester 42km Marathon, Oulton Park Marathon United Kingdom dan Beaufort 60km Ultra Marathon.

Hajah Fatimah Az-Zahrah yang berjaya menamatkan maraton sejauh 42km di Singapura baru-baru ini.
Hajah Fatimah Az-Zahrah yang berjaya menamatkan maraton sejauh 42km di Singapura baru-baru ini.

Menurut Hajah Fatimah Az-Zahrah, menamatkan larian sejauh 42 kilometer memberi inspirasi kejayaan, ia memberi rasa kepunyaan kepada individu yang juga pernah mencapai kejayaan mereka yang tidak semua orang boleh lakukan.

“Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada TelBru atas tajaan untuk pergi Singapura, Team Polar Brunei yang telah melatih saya dan juga menjaga kesihatan dan pemakanan dalam latihan saya selama ini.”

Beliau merupakan antara anak tempatan Brunei yang berjaya menyertai acara maraton di dalam dan di luar Negara.

ARTIKEL YANG SAMA