Anak yatim Bintulu terima sumbangan

Anak yatim Bintulu terima sumbangan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 26 Ogos – Seramai 20 anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Kesayangan Kami Bintulu, Sarawak, telah menerima sumbangan derma pada majlis penyampaian yang diadakan di salah sebuah restoran di pekan ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Canang Citra Event Management (CCEM) Haji Zaini bin Haji Munir, bagi mewakili pendermanya, Syarikat Serikandi Oil Field Engineering.

Menerima sumbangan tersebut ialah penasihat rumah berkenaan Hafizah binti Ariffin yang dalam ucapannya telah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan itu yang sedikit sebanyak dapat membantu keperluan mereka.

Anak-anak yatim tersebut bersama penyelia dan penasihat rumah kebajikan anak yatim berkenaan telah berada di negara ini untuk sama-sama terlibat dalam Persembahan Pementasan Antarabangsa Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 peringkat Daerah Belait, baru-baru ini.

Anak-anak yatim Rumah Kebajikan Anak Kesayangan Kami Bintulu bergambar ramai bersama dengan Haji Zaini.
Anak-anak yatim Rumah Kebajikan Anak Kesayangan Kami Bintulu bergambar ramai bersama dengan Haji Zaini.

ARTIKEL YANG SAMA