Anak yatim dapat perhatian

Anak yatim dapat perhatian

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Jurufoto JAPEM

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Nasib dan kebajikan anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam terus mendapat perhatian dan pemedulian orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan bagi memastikan kebajikan mereka diberikan keutamaan.

Sehubungan dengan itu, majlis penyampaian sumbangan kepada Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah diadakan di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia, Kampung Pulaie, hari ini.

Pada majlis itu, sumbangan sebanyak $28,000 hasil kutipan daripada acara larian amal Justice League Run Brunei yang diadakan pada 27 September lalu telah dihulurkan oleh Heroes Event Management kepada JAPEM.

Awang Abdul Rahman yang menghadiri majlis berkenaan.
Awang Abdul Rahman yang menghadiri majlis berkenaan.
Aaron Goh (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Awang Abdul Rahman (kanan) di majlis itu.
Aaron Goh (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Awang Abdul Rahman (kanan) di majlis itu.
Awang Abdul Rahman menyampaikan sijil penghargaan kepada para sukarelawan acara larian amal itu.
Awang Abdul Rahman menyampaikan sijil penghargaan kepada para sukarelawan acara larian amal itu.

Sumbangan disampaikan oleh Pengasas Heroes Event Management, Aaron Goh kepada Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada pihak penganjur bersama acara amal itu, para penaja serta sukarelawan yang sama-sama menjayakan acara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA