Anak yatim, ibu tunggal terus diberi perhatian

Anak yatim, ibu tunggal terus diberi perhatian

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Seramai 30 orang anak-anak yatim dan 10 orang ibu tunggal di Mukim Kota Batu hari ini menerima sumbangan derma dan barangan makanan asasi yang berlangsung Masjid Sungai Besar hari ini.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Majlis diserikan dengan majlis khatam Al-Quran sempena berakhirnya majlis bertadarus di bulan Ramadan anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Masjid Sungai Besar, Kota Batu.

Majlis berkenaan merupakan aktiviti takmir dan muslimah yang telah disertai oleh seramai 70 orang peserta terdiri daripada belia dan beliawanis dari Kampung Sungai Besar.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyampaikan sumbangan peribadi beliau sempena berakhirnya Majlis Bertadarus di Bulan Ramadan anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Masjid Sungai Besar, Mukim Kota Batu kelmarin. – Gambar Yusrin Junaidi

Ahli-ahli jawatankuasa semasa menyampaikan sumbangan derma.
Ahli-ahli jawatankuasa semasa menyampaikan sumbangan derma.
Majlis khatam Al-Quran yang disertai seramai 70 orang belia dan beliawanis Kampung Sungai Besar.
Majlis khatam Al-Quran yang disertai seramai 70 orang belia dan beliawanis Kampung Sungai Besar.

Majlis tersebut juga diadakan bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Ianya bertujuan bagi menggalakkan para jemaah untuk mendekatkan hati ke masjid dengan pada bulan Ramadan yang mulia ini. Majlis tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan diteruskan dengan solat fardu Maghrib berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA