Anak yatim Kampung Belimbing terima sumbangan

Anak yatim Kampung Belimbing terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Seramai lapan orang anak yatim dan 20 orang ibu tunggal dari Kampung Belimbing, yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau pekerjaan hari ini menerima sumbangan derma daripada Lotus Light Charity Society Negara Brunei Darussalam.

Penyampaian sumbangan berlangsung di rumah kediaman Ketua Kampung Belimbing yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim.

Ia merupakan projek tahunan Lotus Light Charity Negara Brunei Darussalam bagi sama-sama memeriahkan lagi bulan Ramadan dan juga sambutan lebaran yang tidak lama lagi tiba.

Ketua Kampung Belimbing dan Pengerusi Lotus Light Charity menyampaikan sumbangan berkenaan kepada anak yatim.
Ketua Kampung Belimbing dan Pengerusi Lotus Light Charity menyampaikan sumbangan berkenaan kepada anak yatim.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menanamkan rasa prihatin dan tanggungjawab kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di kampung berkenaan agar mereka tidak merasa tersisih apabila menjelangnya bulan Syawal nanti.

Antara yang hadir di majlis itu ialah Pengerusi Lotus Light Charity, Yeo Tiong Lok, dan ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Belimbing.

ARTIKEL YANG SAMA