Anak yatim Kampung Kiulap tidak diabaikan

Anak yatim Kampung Kiulap tidak diabaikan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kiulap dengan kerjasama Biro Wanita MPK Kiulap, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertahlil, dan Penyampaian Sumbangan Derma kepada lima orang anak yatim dari Kampung Kiulap yang berlangsung di Taman Jubli Kiulap, di sini.

Majlis berkenaan juga diteruskan dengan perasmian bazar MPK Kiulap di taman jubli berkenaan yang dibuka untuk kunjungan ramai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohamad bin Haji Abu Bakar berkata majlis berkenaan diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut beliau, sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan jualan bazar anjuran MPK Kiulap.

Salah seorang anak yatim dari Kampung Kiulap menerima sumbangan daripada Haji Mohamad.
Salah seorang anak yatim dari Kampung Kiulap menerima sumbangan daripada Haji Mohamad.

Sementara itu, ahli Biro Wanita MPK Kiulap, Dayang Siti Fatimah berkata MPK Kiulap juga akan mengadakan bazar amal, yang mana hasil kutipan daripada bazar berkenaan akan disumbangkan bagi perbelanjaan sekolah anak-anak yatim berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA