Anak yatim Kem. Pertahanan terima sumbangan

Anak yatim Kem. Pertahanan terima sumbangan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Seramai 56 orang anak yatim, Kementerian Pertahanan iaitu 32 lelaki dan 24 perempuan yang berumur 18 tahun ke bawah hari ini menerima sumbangan derma pada majlis yang diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Sumbangan derma berupa wang tunai dan bungkusan berisi makanan itu adalah daripada pegawai dan kakitangan awam kementerian berkenaan dengan tujuan untuk memohon keberkatan dan mendapatkan pahala yang berlipat ganda pada bulan Ramadan yang mulia ini.

ARTIKEL YANG SAMA