Anak yatim Kg Batong terima sumbangan

Anak yatim Kg Batong terima sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Seramai 10 anak yatim Kampung Batong, semalam, menerima sumbangan derma hasil kutipan daripada penduduk kampung berkenaan bagi perbelanjaan bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Penyampaian derma berlangsung di Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung di Masjid Jefri Bolkiah Kampung Batong, anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Batong dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma ialah Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Haji Tahir bin Haji Tarip.

Turut hadir ialah Penasihat MPK Batong, Dato Paduka Haji Ishaaq bin Haji Abdullah; Ketua Kampung Batong, Haji Saban bin Lamat, pengerusi Takmir Masjid Jefri Bolkiah, ahli-ahli Jawatankuasa MPK Batong dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah, serta penduduk kampung dan para jemaah masjid.

Haji Tahir (kanan) menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima.
Haji Tahir (kanan) menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima.
Haji Tahir bersama ahli jawatankuasa majlis yang hadir di majlis berkenaan.
Haji Tahir bersama ahli jawatankuasa majlis yang hadir di majlis berkenaan.

Majlis diadakan bagi mengingati ahli-ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Ia juga merupakan aktiviti tahunan dalam merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk menerusi aktiviti yang berkebajikan.

ARTIKEL YANG SAMA