Anak yatim Kg Sungai Akar tidak diabaikan

Anak yatim Kg Sungai Akar tidak diabaikan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Seramai 38 orang anak yatim dari Kampung Sungai Akar telah diceriakan dengan menerima sampul hijau sumbangan Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah Kampung Sungai Akar serta daripada beberapa orang warga Kampung Sungai Akar.

Menyempurnakan penyampaian derma untuk perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri itu ialah Pengiran Datin Hajah Masjidah binti Pengiran Haji Tengah Omar sambil diiringi Ketua Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah Kampung Sungai Akar, Hajah Rokiah binti Haji Ismail.

Bacaan tahlil dan doa yang khusus dihadiahkan buat ibu bapa kepada anak-anak yatim yang diraikan berkenaan telah turut diadakan sebelum penyerahan derma berkenaan, yang telah dikepalai oleh Imam Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Haji Muhd Sa’dullah bin Haji Salleh.

Awal sebelum itu, para Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah Kampung Sungai Akar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran menandakan tamatnya majlis bertadarus Al-Quran sehingga khatam 30 Juzu’ Al-Quran dalam bulan Ramadan 1436H ini.

Pengiran Datin Hajah Masjidah (kiri) ketika menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim sambil kelihatan dermawan lain turut menyampaikan sumbangan masing-masing.
Pengiran Datin Hajah Masjidah (kiri) ketika menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim sambil kelihatan dermawan lain turut menyampaikan sumbangan masing-masing.
Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Penyampaian Derma Anak Yatim Kampung Sungai Akar anjuran Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah.
Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Penyampaian Derma Anak Yatim Kampung Sungai Akar anjuran Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Majlis penuh berkebajikan di dewan utama itu telah diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Haji Muhd Sa’dullah.

Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah Kampung Sungai Akar telah rasmi ditubuhkan pada 15 Januari 2015 iaitu hampir 6 bulan selepas Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah rasmi digunakan pada Jumaat, 19 Julai tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA