Anak yatim, OKU terus dibantu

Anak yatim, OKU terus dibantu

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Dewan Perniagaan India Brunei Darussalam baru-baru ini mengadakan majlis khatam Al-Quran dan penyampaian derma untuk anak-anak yatim Mukim Berakas, di Masjid Mohamed Bolkiah Kampung Serusop.

Kira-kira 1,000 masyarakat India terlibat di dalam majlis berkenaan dan seramai 25 orang anak yatim dari Mukim Berakas menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Razid bin Haji Salleh. Turut hadir ialah Presiden Dewan Perniagaan India Brunei Darussalam, Nazeer Ahmad Zakaria.

Sementara itu, di Majlis Sufri Bolkiah, Kampung Burong Pingai, Berakas, Nazeer Ahmad Zakaria menyampaikan sumbangan peribadinya bersama Syarikat Nazmi Textile Mall kepada kira-kira 35 orang anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).

Turut hadir Ketua Kampung Jaya Setia/Jaya Bakti dan Pemangku Ketua Kampung Burong Pingai, Berakas, Haji Nordin bin Haji Abu Bakar.

Awang Nazeer Ahmad Zackariah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dari Kam-pung Burong Pingai, Berakas.
Awang Nazeer Ahmad Zackariah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dari Kam-pung Burong Pingai, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA