Anak yatim persatuan KACA terima sumbangan

Anak yatim persatuan KACA terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Seramai 10 anak yatim dari Persatuan KACA (kanak-kanak cacat) turut menerima sumbangan derma sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di bangunan Pusat KACA, Kiulap, hari ini.

Majlis sumbangan berupa wang tunai dan hamper daripada Sekolah St George, Lotus Light Charity dan persatuan itu sendiri adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan anak-anak yatim di Pusat KACA yang akan meraikan Aidilfitri nanti.

Menurut kenyataan daripada Persatuan KACA, pihak mereka juga turut menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim KACA berupa wang tunai, yang disampaikan oleh Presidennya, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

Di samping itu, anak-anak yatim berkenaan juga menerima sumbangan duit raya daripada individu persendirian yang sama-sama meraikannya pada majlis yang menjadi aktiviti tahunan Pusat KACA bagi memberi keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Anak-anak yatim yang menerima sumbangan bergambar ramai bersama para penyumbang dan warga Persatuan KACA di majlis itu.
Anak-anak yatim yang menerima sumbangan bergambar ramai bersama para penyumbang dan warga Persatuan KACA di majlis itu.

Derma berupa wang tunai dan hamper daripada Sekolah St George telah disampaikan oleh Pengetuanya, Awang Janidi Jingan, manakala bagi sumbangan daripada Lotus Light Charity, disampaikan oleh Pengerusi syarikat berkenaan, Yeo Tiong Lou.

Apa yang diharapkan, akan lebih banyak badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil memberi sumbangan kepada anak-anak yatim, terutama sekali di bulan yang mulia ini.

ARTIKEL YANG SAMA