Anak yatim SU Panaga terima sumbangan

Anak yatim SU Panaga terima sumbangan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 26 Jun – Seramai 14 anak yatim di Sekolah Ugama Panaga, Seria, telah menerima sumbangan derma wang tunai dan hamper hasil kutipan daripada guru-guru, kakitangan serta ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah itu, di majlis yang berlangsung di Restoran Anjung Warisan, Jalan Pandan 5, Kuala Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis penyampaian derma yang diselajurkan dengan Majlis bertahlil dan doa arwah itu ialah Pegawai Pengajian Islam di Jabatan Pengajian Islam Cawangan Daerah Belait, Dayang Hazalina binti Dhalan yang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan.

Guru Besar sekolah itu, Dayang Mariam binti Haji Momin dalam ucapan ringkasnya berkata, sumbangan derma ini bertujuan untuk meringankan beban anak-anak yatim dan supaya menggalakkan kakitangan sekolah dan ibu bapa serta penjaga murid sekolah berkenaan untuk beramal dan bersedekah dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Beliau berharap bantuan itu akan dapat membantu anak-anak yatim dalam membeli keperluan seperti alat tulis, buku dan sebagainya.

Anak-anak yatim dari Sekolah Ugama Panaga Seria yang hadir di majlis itu.
Anak-anak yatim dari Sekolah Ugama Panaga Seria yang hadir di majlis itu.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma daripada tetamu kehormat (dua dari kiri).
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma daripada tetamu kehormat (dua dari kiri).

ARTIKEL YANG SAMA