Anak yatim terima bantuan

Anak yatim terima bantuan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Kumpulan Jejak Kasih Bekas Penuntut Sekolah Inggeris Berakas (BES) 1975-1980, baru-baru ini, telah menghulurkan sumbangan kepada lapan orang anak yatim yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan jalan raya pada November lalu.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan berlangsung di sebuah rumah di Kampung Kuala Lurah, di mana rombongan berkenaan telah diketuai oleh Dayang Zaiton binti Haji Abdullah dan disertai kira-kira 20 orang bekas penuntut BES.

Sumbangan berupa keperluan persekolahan yang bakal bermula awal tahun depan dihasratkan akan dapat membantu meringankan beban anak-anak yatim berkenaan.

Sejurus selepas penyampaian derma berkenaan, majlis diselajurkan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa arwah bagi Allahyarham ibu bapa mereka.

pg05_151222_a

Salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan tersebut.
Salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan tersebut.
Kumpulan Jejak Kasih Penuntut BES 1975-1980 bergambar ramai bersama dengan para penerima sumbangan.
Kumpulan Jejak Kasih Penuntut BES 1975-1980 bergambar ramai bersama dengan para penerima sumbangan.

ARTIKEL YANG SAMA