Anak yatim terima sumbangan derma pada Majlis Penutup Tadarus

Anak yatim terima sumbangan derma pada Majlis Penutup Tadarus

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Lebih 20 orang anak-anak yatim serta ahli keluarga pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) yang telah kembali ke rahmatullah telah menerima sumbangan derma daripada jabatan itu hari ini.

Sumbangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Haji Ali bin Matyassin telah diadakan pada Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu, majlis dimulakan dengan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan, dan bacaan Takhtim beramai-ramai diikuti dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh imam Masjid Ash-Shaliheen.

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim.

Ia kemudian diserikan dengan Dikir Marhaban yang dipersembahkan oleh pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan serta doa selamat yang dibacakan oleh imam masjid tersebut.

Majlis bertadarus ini merupakan sebahagian aktiviti keagamaan tahunan dalam bulan Ramadan yang dikendalikan oleh seramai 70 warga kerja jabatan berkenaan di sepanjang bulan suci Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA