Anak yatim terus diberi perhatian

Anak yatim terus diberi perhatian

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Seramai 49 orang anak yatim telah menerima sumbangan derma pada Majlis Khatam Al-Quran, tahlil dan doa arwah, yang diselajurkan dengan bersungkai beramai-ramai, yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen (PMAM), Kampung Mulaut, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, yang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan derma.

Majlis ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Takmir Masjid PMAM, Kampung Mulaut Majlis Perundingan Kampung Mulaut, Biro Muslimah Kampung Mulaut serta penduduk Kampung Mulaut. – Faridah Haji Ibrahim.

Tetamu Kehormat menyampaikan derma kepada anak-anak yatim.
Tetamu Kehormat menyampaikan derma kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA