Anak yatim, warga emas terus diberi perhatian

Anak yatim, warga emas terus diberi perhatian

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Jun – Golongan anak yatim dan warga emas terus mendapat perhatian pelbagai pihak di negara ini apabila 14 orang anak yatim dan 41 warga emas dari Kampung Jerudong menerima sumbangan derma daripada Koperasi Serba Guna Persatuan Buhur, Kampung Jerudong Berhad, semalam.

Penyampaian sumbangan pada majlis yang berlangsung di Restoran dan Katering Seaworld Neptune, Kampung Jerudong itu disempurnakan oleh Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir selaku tetamu kehormat.

Majlis juga diselajurkan dengan bersungkai bersama ahli-ahli koperasi dan penduduk Kampung Jerudong.

Penyampaian derma disampaikan oleh Penghulu Mukim Sengkurong.
Penyampaian derma disampaikan oleh Penghulu Mukim Sengkurong.

Majlis penyampaian derma itu dihasratkan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan anak-anak yatim dan warga emas menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Koperasi Serba Guna Persatuan Buhur Kampung Jerudong Berhad ditubuhkan pada tahun 1994 antara lain bermatlamat bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan di negara ini, khususnya bagi penduduk Kampung Jerudong dan di sekitar Mukim Sengkurong.

ARTIKEL YANG SAMA