Ancaman bom, orang awam panik

Ancaman bom, orang awam panik

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Orang awam dan para pengunjung sebuah bangunan komersial di Gadong hari ini panik apabila mendengar adanya ancaman bom, namun setelah pemeriksaan dibuat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengesahkan tiada sebarang benda mencurigakan dijumpai.

Sebelum itu, PDB telah menerima panggilan telefon melalui 993 mengenai kejadian di sebuah bangunan dan pihak polis yang menjalankan siasatan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Dengan tindakan tegas dan cepat pihak polis, keadaan berjaya dikawal dan hampir keseluruhan jalan memasuki kawasan komersial Gadong telah ditutup bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Media Permata berkesempatan untuk pergi ke tempat kejadian dan mendapati ramai pekerja di kedai-kedai dan hotel berdiri di luar kawasan larangan dan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.

Salah seorang kakitangan sebuah hotel ketika ditemui menyatakan beliau tidak tahu apa-apa mengenai kejadian tersebut.

“Apa yang saya dengar ialah ada bom diletakkan di kawasan ini dan kami terus diarahkan oleh pengurus untuk keluar sebelum apa-apa yang tidak diingini terjadi,” jelas beliau.

Beliau juga menambah bahawa kejadian tersebut telah menakutkan orang ramai dan telah menjejaskan tugasan mereka ketika itu.

Jalan masuk ke kawasan komersial Gadong telah ditutup bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Jalan masuk ke kawasan komersial Gadong telah ditutup bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Gambar-gambar yang dikongsikan melalui aplikasi Whatsapps menunjukkan keadaan di kawasan komersial Gadong.
Gambar-gambar yang dikongsikan melalui aplikasi Whatsapps menunjukkan keadaan di kawasan komersial Gadong.

p01-3_20160712

Orang ramai berada di luar kawasan larangan selepas panik akibat ancaman bom.
Orang ramai berada di luar kawasan larangan selepas panik akibat ancaman bom.

ARTIKEL YANG SAMA