Ancaman bom paksa pesawat patah balik

Ancaman bom paksa pesawat patah balik

SAO PAULO, 15 Dis (Reuters/AFP) – Satu penerbangan dari Madrid ke Sao Paulo yang dioperasi oleh penerbangan TAM Brazil terpaksa berpatah semula ke bandar Sepanyol dipercayai akibat ancaman bom, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pesawat Boeing 777-32W itu berlepas pada jam 2037 GMT kelmarin dan kembali ke Madrid sejurus menyeberangi Casablanca di Maghribi, kira-kira satu setengah jam dalam penerbangan, menurut peta yang disiarkan oleh laman web G1 dan Flighradar24.com.

TAM ‘telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Sepanyol mengenai ancaman bom dalam Pesawat JJ8065. Pesawat itu kembali ke lapangan terbang tempat asalnya, mendarat dengan selamat,” menurut penerbangan itu dalam Twitter.

Penerbangan TAM lain yang melalui laluan sama terpaksa melakukan pendaratan cemas akibat pergolakan di udara pada September 2013, mencederakan 15 yang lain.

Gegaran itu hanya berakhir kira-kira 10 saat, namun ia sudah cukup kuat melambungkan penumpang yang tidak memakai tali pinggang daripada kerusi mereka.

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Guarulhos Sao Paulo, pada 5:25 pagi, waktu tempatan.

Penerbangan itu, unit Kumpulan SA Penerbangan LATAM, mengatakan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa. Seorang pegawai TAM di Sao Paulo mengatakan dia tidak mempunyai maklumat tambahan untuk diberikan.