Ancaman IS terhadap keselamatan Australia ‘nyata’

Ancaman IS terhadap keselamatan Australia ‘nyata’

LAOS-ASEAN-SUMMIT

SYDNEY, 7 Sept – Ancaman serangan ganas di Australia adalah ‘nyata’, Perdana Menteri Malcolm Turnbull (gambar) berkata selepas kumpulan yang digelar Kumpulan Negara Islam (IS) menggesa para pengikut supaya menyasarkan pantai Sydney, Bondi dan Kawasan Kriket Melbourne(MCG). Memberi respons kepada majalah online berbahasa Inggeris yang memilih lokasi terkenal Australia untuk membunuh orang, Turnbull berkata itu adalah peringatan yang membimbangkan tentang situasi keselamatan.

Kita berdepan tahap ancaman ‘mungkin’, dengan itu ia ancaman sebenar, kata beliau lewat semalam apabila bercakap kepada para pemberita di Vientiane, Laos.

“Kemampuan Daesh, sudah tentu, kurang lebih dari yang mereka umumkan tetapi kita sememangnya mesti sangat berwaspada terhadap tindakan pelaku berseorangan ini,” katanya lagi, dengan menggunakan nama lain untuk kumpulan IS.

Edisi pertama majalah Rumiyah yang diterbitkan secara online dalam bahasa Inggeris Isnin lalu menggesa bagi serangan ke atas jalan raya di Brunswick dan Broadmeadows di Melbourne dan Bondi di Sydney.

“Bunuh mereka di MCG, SCG (Kawasan Kriket Sydney), Opera House, dan malah di perkarangan belakangnya,” menurutnya lagi.

Turnbull berkata pejuang jihad IS akan memilih kegiatan pengganas di luar Timur Tengah kerana mereka semakin tertekan di medan pertempuran di Syria dan Iraq.

Dalam kaitan dengan yang digelar penyerang ‘bersendirian’, beliau berkata sebilangan individu mungkin menjadi radikal begitu pantas dan terlibat dalam perlakuan yang sangat berbahaya dan memusnah.

Tetapi beliau menambah “Setiap kali berlaku kejadian pengganas, di mana saja di dunia, kita mempelajari sebanyak mungkin tentangnya dan kemudian menjadikan pelajaran itu untuk menjadikan Australia lebih selamat.”

Menteri Keadilan Australia Michael Keenan berkata ancaman terbaru tidak mengubah dasar di Australia, yang mana ancaman ganas diangkat ke tahap tinggi pada tahun 2014. – AFP