Ancaman utama makro ekonomi

Ancaman utama makro ekonomi

SINGAPURA, 27 Julai (Bernama) – Moody’s Investors Service berkata tinjauan pelabur ke atas bank-bank Asia menunjukkan bahawa berakhirnya gelembung aset merupakan ancaman ekonomi makro kepada bank-bank Asia dalam tempoh 12 bulan akan datang, diikuti kelembapan pertumbuhan di China.

Naib presiden dan pegawai kredit kanan Moody’s Eugene Tarzimanov berkata: “Kami secara menyeluruhnya bersetuju bahawa gelembung aset – terutama dalam hartanah – merupakan sumber penting dan merupakan sumber risiko kredit yang terkawal bagi bank-bank pada tahun 2015 dan 2016.”

Harga hartanah telah meningkat terutama di Hong Kong (Aa1 stabil), India (Baa3 positif), Malaysia (A3 positif) dan Singapura (Aaa stabil) sejak krisis kewangan global pada 2008-2009.

“Kita perhatikan bahawa pengawal selia perbankan di Hong Kong, Malaysia dan Singapura mengambil pelbagai langkah untuk menyejukkan pasaran hartanah, yang sepatutnya mengurangkan risiko ke atas bank,” katanya.

Tarzimanov berkata demikian dalam laporan sektor Moody’s ke atas bank-bank di Asia bertajuk ‘Moody’s Poll Cites Asset Bubbles, Not Market Volatility, As Top Credit Risk.’

Laporan ini membincangkan hasil tinjauan masa nyata gabungan kira-kira 230 pengamal pasaran profesional yang menghadiri persidangan perbankan tahunan Moody’s di Hong Kong dan Singapura pada Julai 2015.

Di Asia secara keseluruhannya, responden tinjauan menekankan China dan Indonesia sebagai dua ekonomi yang akan menghadapi cabaran besar ke atas sistem perbankan dan ekonomi dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Bagi bank-bank Cina kami mengunjurkan mereka akan mengekalkan profil kredit yang stabil pada 2015 dan 2016, walaupun berlaku pengimbangan semula ekonomi di negara ini dan beberapa kemerosotan dalam kualiti aset,” kata Tarzimanov.

Tinjauan stabil Moody’s ke atas sistem perbankan Indonesia mencerminkan penarafan jangkaan agensi bahawa bank-bank di negara ini akan terus mencatat asas kewangan yang kukuh, termasuk keuntungan dan tahap modal yang tinggi walaupun berlaku tekanan ke atas kualiti aset.

Walaupun responden di Hong Kong dan Singapura percaya bahawa Indonesia paling terdedah kepada kenaikan kadar Amerika Syarikat, wujud berat sebelah bahawa mereka melihat ekonomi masing-masing paling terdedah.

Moody’s juga berpendapat bahawa Indonesia sederhana terdedah kepada turun naik modal antarabangsa sebaik kadar faedah Amerika Syarikat mula meningkat.

Negara itu kini mengalami defisit akaun semasa yang Moody’s jangkakan mencapai 2.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2015.

Selain itu, kira-kira 45 peratus daripada hutang kerajaan adalah dalam mata wang asing.

ARTIKEL YANG SAMA