Ancelotti buru rekod

Ancelotti buru rekod

BERLIN, 30 Sept – Kemenangan keenam berturut-turut buat Bayern Munich di Bundesliga, di laman sendiri kepada Cologne pada esok akan meletakkan jurulatih Carlo Ancelotti menyamai rekod permulaan terbaik dalam liga teratas Jerman itu.

Andre Schubert yang membimbing Borussia Moenchengladbach tahun lalu dan Willi Entenmann bersama Stuttgart pada 1986 adalah dua jurulatih Bundesliga yang memenangi enam perlawanan pembukaan liga mereka.

Ancelotti membawa Bayern permulaan yang baik bagi musim ini dalam sejarah kelab itu dengan lapan kemenangan berturut-turut sebelum kekalahan 1-0 kepada Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lepas.

Ancelotti (kanan) melupakan kecewa tewas kepada Atletico dalam aksi Eropah dan kini cuba meneruskan rentak kemenangan dalam Bundesliga. – AFP
Ancelotti (kanan) melupakan kecewa tewas kepada Atletico dalam aksi Eropah dan kini cuba meneruskan rentak kemenangan dalam Bundesliga. – AFP

Sementara itu, Andre Schuerrle, yang menjaringkan gol pada tiga minit sebelum tamat perlawanan bagi Borussia Dortmund mengikat seri 2-2 kepada Real Madrid pada Selasa lalu dalam saingan Liga Juara-Juara diharap akan kembali cergas bagi perlawanan di Bayer Leverkusen.

Pemain sayap Jerman itu membantu mengikat seri dengan Real mengalami kecederaan lutut kanannya.

Leverkusen yang berada di tengah kedudukan liga masih lagi mengubat kedukaan selepas tandukan Javier Hernandez pada minit ke 73 diatasi dengan gol penyamaan Monaco pada minit ke-94 bagi memberikan keputusan seri 1-1 dalam Liga Juara-Juara. – AFP