Ancelotti ganti Rodgers?

Ancelotti ganti Rodgers?

LONDON, 24 Sept (Agensi) – Liverpool telah menghubungi bekas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti dan menamakan jurulatih dari Itali itu sebagai calon untuk menggantikan Brendan Rodgers.

Menurut akhbar Britain, Daily Mail, Ancelotti yang pernah merangkul kejuaraan Eropah bersama AC Milan dan Real Madrid telah dihubungi oleh pemilik The Reds, Fenway Sports Group (FSG), yang berhasrat menggantikan Rodgers ekoran aksi hambar dipamerkan pasukan pada awal musim.

Kata akhbar itu lagi, walaupun Rodgers mendapat sokongan sebahagian besar pembuat keputusan di Liverpool, namun kedudukannya sebagai pengurus mula goyah, sebaik sahaja FSG menghubungi Ancelotti

Jurulatih berusia 56 tahun itu dikaitkan dengan Liverpool selepas pemilik kelab sebelum ini memberi amaran mengenai hasrat mengambil jurulatih kelahiran Jerman, Jurgen Klopp sebagai pengganti.

Portal sukan Itali, Calciomercatoweb turut melaporkan mengenai Ancelotti yang telah dihubungi oleh Liverpool.

Kedudukan Rodgers (atas) di Anfield goyah apabila kelab dilaporkan sedang berunding dengan Ancelotti (bawah). – Reuters
Kedudukan Rodgers (atas) di Anfield goyah apabila kelab dilaporkan sedang berunding dengan Ancelotti (bawah). – Reuters

pg22_150825_a

“Ancelotti adalah pilihan pertama FSG. Walaupun tiada kepastian perpindahan akan berlaku dalam masa terdekat, namun dia adalah calon utama sekiranya Brendan Rodgers dipecat,” dakwa Calciomercatoweb dalam Twitter.

Liverpool pernah dikaitkan dengan Ancelotti pada Mei lalu, tidak lama selepas dimalukan 6-1 oleh Stoke City dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

Malah, jurulatih itu pernah menyuarakan minat untuk membimbing The Reds sekiranya diberi peluang.

“Saya mengikuti perkembangan Liverpool sejak 1984 selepas melihat mereka menentang Roma dalam final Piala Eropah, di mana kami tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

“Mereka adalah kelab yang sering mengujakan saya. Moto mereka ‘You’ll Never Walk Alone’ yang dinyanyikan oleh peminat, sangat luar biasa. Tiada kelab yang mempunyai lagu tema seperti mana Liverpool,” kata Ancelotti.

Selepas mengharungi enam perlawanan musim ini, Liverpool sekadar menghuni tangga ke-13 liga dengan mencatat dua kemenangan, dua seri dan dua kalah.