Ancelotti usaha kekalkan kuasa Bayern

Ancelotti usaha kekalkan kuasa Bayern

BERLIN, 24 Ogos – Bayern Munich akan memburu gelaran kelima berturut-turut Bundesliga apabila musim baru bermula Jumaat ini, dengan jurulatih baru Carlo Ancelotti (gambar) berusaha untuk meneruskan penguasaan yang dipertingkatkan oleh mantan Pep Guardiola dan Jupp Heynckes.

Hierarki Bayern menjangka Ancelotti, 57, akan mengekalkan gergasi Bavaria itu yang akan memulakan musim baru di gelanggang sendiri bertemu Werder Bremen Jumaat ini pada kemuncak bola sepak Jerman.

Guardiola keluar dari kelab itu untuk bersama Manchester City pada akhir musim lalu, selepas melengkapkan tiga gelaran berturut-turut dan Piala Jerman.

Heynckes menamatkan dengan menyumbangkan tiga kejayaan gelaran pertama bagi Bayern pada tahun 2013 apabila menjulang Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman. Tetapi Ancelotti sudah memenangi kejayaan selepas hanya dua persaingan.

Kejayaan Bayern 2-0 di Borussia Dortmund 10 hari yang lalu memberikan mereka gelaran Piala Super Jerman, menamatkan tiga kekalahan berturut-turut dalam musim pembukaan di bawah kendalian Guardiola.

FILES-FBL-GER-BUNDESLIGA-ITA-BAYERN-ANCELOTTI

Seperti Heynckes sebelumnya, Ancelotti dari Itali mempunyai reputasi sebagai tokoh seorang ayah, yang meletakkan keyakinan terhadap pemain-pemainnya, dalam perbandingan kepada Guardiola, yang memberikan arahan-arahan tertentu.

Bayern menggambarkan diri mereka sebagai kelab keluarga dan Ancelotti sudah mengiktui tradisi itu dengan melantik anak lelakinya, Savide, bekas pemain pasukan belia AC Milan, di bilik persalinannya, seperti yang dilakukannya ketika di Real Madrid.

Ia tidak mengambil masa lama bagi pujian Ancelotti yang melibatkan beberapa kritikan dari Guardiola dalam kem Bayern.

“Di bawah Ancelotti, saya merasakan seperti dipercayai sekali lagi,” pemain sayap, Franck Ribery memberitahu majalah Jerman Kicker sebelum mengkritik Guardiola.

“Saya tidak memerlukan jurulatih untuk memberitahu saya apa yang saya lakukan tepat di atas padang apabila saya mendapatkan bola,” kata Ribery yang merujuk kepada Guardiola, yang membolehkannya ditegur oleh pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA