Anderson Silva bakal kembali

Anderson Silva bakal kembali

LAS VEGAS, 25 Dis (Agensi) – Anderson Silva akan kembali ke gelanggang UFC pada 27 Februari selepas menamatkan penggantungan selama setahun akibat penggunaan steroid.

Presiden UFC Dana White berkata pada Khamis, bekas juara middleweight berusia 40 tahun itu akan berdepan Michael Bisping di O2 Arena London. Pertarungan mereka hanya akan disiarkan di Fight Pass, perkhidmatan pra-bayar digital UFC.

Silva (33-6) telah memegang gelaran juara UFC 185 paun hampir tujuh tahun sebelum dia tewas dua kali di tangan Chris Weidman pada 2013, mengalami patah kaki pada pertarungan kedua.

Bekas juara middleweight UFC Anderson Silva yang akan kembali bersaing tahun depan. - Reuters
Bekas juara middleweight UFC Anderson Silva yang akan kembali bersaing tahun depan. – Reuters

Silva kembali pada 31 Januari lepas dengan kemenangan sebulat suara ke atas Nick Diaz pada UFC 183, namun kemenangannya itu dibatalkan oleh Suruhanjaya Atletik Nevada selepas didapati positif dalam ujian steroid.

Bisping (27-7) dan Silva kedua-duanya menyertai UFC pada 2006, namun tidak pernah bertarung antara satu sama yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA