Andre Viljoen akan terajui Fiji Airways

Andre Viljoen akan terajui Fiji Airways

pg18_150624_bSUVA, Fiji, 23 Jun (AFP) – Fiji Airways hari ini menamakan warga Afrika Selatan Andre Viljoen sebagai ketua eksekutif terbarunya selepas tujuh bulan pencarian, menggantikan Stefan Pichler yang telah pergi untuk mengambil alih Air Berlin.

Syarikat penerbangan itu yang sebelum ini digelar Air Pacific berkata dia akan mula menyertai Air Mauritius sebelum Oktober.

Pengerusi Fiji Airways Nalin patel berkata Viljoen telah mengubah Air Mauritius dan mengembalikannya kepada keuntungan ketika dia bekhidmat.

“Andre adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan yang mempunyai bisnes kukuh dan fokus pelanggan,” katanya. “Kami percaya dia merupakan orang yang sangat sesuai untuk menerajui Fiji Airways dan akan mendapat sokongan penuh dari ahli lembaga.”

Kerajaan Fiji memiliki 51 peratus dari Fiji Airways, dengan syarikat pengangkutan Australia Qantas sebagai pemegang kedua terbesar memiliki 46 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA