Andrea Pirlo sertai MLS

Andrea Pirlo sertai MLS

MILAN, 26 Jun (AFP) – Perpindahan Andrea Pirlo ke Major League Soccer (MLS) pasti berlaku, menurut laporan di Itali yang mendakwa bintang Juventus dan Itali itu akan menandatangani persetujuan selama 18 bulan bersama New York City FC.

Legenda midfield, Pirlo, adalah nadi gergasi Turin dalam laluan mereka bagi kemenangan pertama liga dan dua Piala Itali dalam tempoh 20 tahun musim lalu.

Tetapi laporan La Gazzetta dello Sport menegaskan bekas pemenang Piala Dunia berusia 36 tahun itu akan meninggalkan Itali dan menamatkan kerjayanya di AS.

Pirlo, yang kontraknya mansuh pada Jun 2016, terganggu pada wisel penamat persaingan akhir Liga Juara–Juara bulan lalu apabila Juventus tewas 3-1 kepada Barcelona.

Ia mungkin memberikan Pirlo peluang terakhir untuk menambah pingat kemenangan Liga Juara–Juara ketiga dalam koleksinya setelah memenanginya bersama AC Milan pada 2003 dan 2007.

Pirlo akan menandatangani persetujuan 18 bulan bersama New York City FC. – Reuters
Pirlo akan menandatangani persetujuan 18 bulan bersama New York City FC. – Reuters

Laporan Gazzetta berkata Pirlo akan menandatangani kontrak selama 18 bulan pada Ogos bersama pasukan Jason Kreis selepas menentukan sama ada untuk memasukkan klausa yang akan membenarkannya untuk memilih setahun sahaja lagi, jika dia mahu.

Bekas rakan sepasukan dari Juventus, Sebastian Giovinco meninggalkan Bianconeri musim lalu untuk bersama Toronto FC, yang bertemu New York City FC dalam persaingan Eastern Conference 12 Julai nanti.

Dalam satu temu bual semalam bersama Gazzetta, Giovinco menegaskan MLS ‘tidak semudah seperti yang difikirkan orang ramai’ dan mengakui Pirlo telah ditanya mengenai pengalamannya bersama pasukan dari Kanada.

“Saya bercakap bersama mereka melalui mesej, tetapi bukan dari New York. Dulu dia bertanyakan bagaimana keadaan saya,” kata Giovinco.

ARTIKEL YANG SAMA