Android baru Google jadikan telefon pintar lebih pintar

Android baru Google jadikan telefon pintar lebih pintar

SAN FRANCISCO, 29 Mei (AFP) – Perisian peranti Android Google yang dikemas kini berusaha untuk menjadikan telefon pintar lebih pintar, sementara mengekalkan gergasi carian itu relevan dalam dunia yang mana orang ramai yang sering sibuk bergantung pada aplikasi.

Semasa persidangan para pemaju tahunan Google semalam, Google mempratontonkan Android M, yang dijangka dikeluarkan lewat tahun ini, dengan versi dikemas kini ‘Google Now’, pembantu voice-activated yang bersaing dengan saingan-saingan seperti Siri, Apple dan Cortana, Microsoft.

Google akan membawa perisian itu melangkah lebih jauh lagi dengan membolehkan para pengguna untuk mengaktifkan perisian bantuan, meskipun ia menggunakan aplikasi lain, untuk mencari maklumat berkaitan di telefon.

“Telefon pintar anda harus lebih bijak,” pengarah Google Now, Aparna Chennapragada berkata, ketika memperlihatkan ciri baru kepada para persidangan pemaju di San Franciso.

“Mengapa ia tidak boleh memberitahu anda tentang pesanan ringkas isteri atau suami anda untuk mengambil susu?”

Pengarah Google Now, Aparna Chennapragada mengumumkan ‘Now On Tap’ semasa persidangan Google I/O 2015 di San Francisco, California. – AFP
Pengarah Google Now, Aparna Chennapragada mengumumkan ‘Now On Tap’ semasa persidangan Google I/O 2015 di San Francisco, California. – AFP

Google Now terdapat pada telefon pintar yang telah pun memasuki kalendar, e-mel dan maklumat lain dengan kebenaran pengguna, untuk melakukan perkara seperti mengingatkan orang bila untuk memulakan perjalanan untuk mengikuti penerbangan atau di mana mereka meletakkan kereta mereka.

‘Now On Tap’ akan mengukuhkan kemampuan itu, dan membolehkannya untuk melapisi aplikasi pihak ketiga pada telefon pintar Android.

Chennapragada memperlihatkan dengan memainkan sebuah lagu menggunakan aplikasi muzik streaming, Spotify, kemudian bertanya dengan lantang siapa yang menyanyi.

Now on Tap memberi respons dengan menunjukkan artis itu berserta dengan maklumat online tentang artis itu dan kumpulannya.

“Anda boleh mendapatkan maklumat segera,” katanya lagi.

“Artikel yang anda sedang baca, muzik yang anda dengar, kuncinya ialah memahami konteks detik. Anda boleh mendapat jawapan kepada soalan cepat.”

Meluaskan capaian Now juga membolehkan perkhidmatan menguntungkan Google disertakan dengan para pengguna telefon pintar yang mengalihkan daripada penggunaan program melayari sesawang untuk memasuki perkhidmatan online secara langsung dari aplikasi individu.

ARTIKEL YANG SAMA