Andy Murray cemas

Andy Murray cemas

NEW YORK, 4 Sept (AFP) – Andy Murray kembali bangkit setelah ketinggalan dua set untuk menewaskan Adrian Mannarino dari Perancis di Terbuka AS sebelum menggesa peraturan baru untuk mengurangkan jumlah pemain yang terpaksa berhenti mencecah rekod tertinggi.

Pilihan ketiga dan juara 2012 itu mencatatkan kemenangan 5-7, 4-6, 6-1, 6-3, 6-1 selepas pesaing dari pilihan ke-35 dunia itu mencemaskannya menerusi kekalahan awal di New York sejak kemunculannya pada 2005.

Tetapi Mannarino yang beraksi dengan tangan kidal berada dalam keadaan panas dan lembap 30 darjah di Stadium Arthur Ashe dengan Murray pula berada dalam keadaan fizikal yang lebih baik. Murray seterusnya berdepan pilihan ke-30 dari Brazil, Homaz Bellucci untuk merebut tempat 16 pemain terakhir.

Dengan kehangatan dan kecederaan memaksa 12 pemain berhenti dalam persaingan lelaki – termasuk 10 pada pusingan pertama — Murray menggesa peraturan yang sama dengan jelajah wanita untuk diperkenalkan kepada pemain lelaki.

“Apabila terlalu panas dan lembap, mendapat rehat amat membantu,” kata Murray mengenai rehat selama 10 minit untuk pemain wanita di antara set kedua dan ketiga apabila suhu melebihi 30.1 darjah Celcius.

Murray semasa menentang Adrian Mannarino di Terbuka AS semalam. – Reuters
Murray semasa menentang Adrian Mannarino di Terbuka AS semalam. – Reuters

“Saya tidak tahu apa gunanya. Tetapi saya rasa anda mendapat peluang untuk melakukannya dan bersalin pakaian atau berada di dalam mandian sejuk jika mahu.”

Murray juga mencadangkan langkah baru itu bagi menghindarkan pemain yang cedera daripada berhenti tetapi menggunakan usul di atas gelanggang sebelum membuat helah untuk memenangi hadiah wang.

Bintang dari Britain itu percaya bahawa pemain kelayakan yang ‘malang yang bernasib baik’ seharusnya diberikan peluang untuk beraksi dalam undian utama.

“Jika seseorang mengalami kecederaan sebelum beraksi, mereka akan beraksi lima persaingan atau beberapa pertandingan untuk mendapatkan kelayakan pusingan pertama, kemudian terlalu teruk pula bagi mana–mana pemain yang membayar untuk datang dan menonton perlawanan ini,” katanya.