Andy Murray menang anugerah BBC

Andy Murray menang anugerah BBC

BELFAST, 21 Dis (dpa) – Andy Murray menambah penghormatan selanjutnya dalam kejayaannya musim 2015 semalam ketika ketua dari pasukan Piala Davis pertama Britain itu memenangi anugerah BBC Sports Person of the Year untuk kali kedua.

Murray menjulang tinggi anugerah itu dalam satu majlis yang disiarkan televisyen di Belfast selepas berlepas dari latihan di Dubai.

“Saya mendedikasikan hidup saya terhadap sukan ini. Saya bekerja keras semampu yang boleh setiap hari untuk menjadikan anda bangga. Dan saya menghargai semua undian,” katanya dalam ucapan penerimaannya.

Pemain nombor dua dunia dari Scotland itu mara ke persaingan akhir Terbuka Australia kali keempat pada 2015 dan juga beraksi dalam separuh akhir di Paris dan Wimbledon. Dia memenangi empat trofi ATP, termasuk dua pertandingan pertamanya di atas gelanggang tanah liat di Munich dan di Madrid, di mana dia menewaskan Rafael Nadal dalam final.

Murray memenangi kejayaan BBC pada 2013, tahun bagi gelaran Wimbledon, tetapi tidak dapat menghadiri majlis itu kerana tugas latihan di Miami. Selepas kehilangan majlis itu dua tahun lalu, Murray memastikan cergas kali ini.

Andy Murray dinamakan sebagai BBC Sports Person of the Year setelah menerima undian sebanyak 361,446. – AFP
Andy Murray dinamakan sebagai BBC Sports Person of the Year setelah menerima undian sebanyak 361,446. – AFP

Sebulan lalu, Murray mengetuai Britain hampir keseorangan bagi gelaran sejarah Piala Davis pertama dalam tempoh 79 tahun dengan menewaskan Belgium di Ghent.

Dia adalah sebahagian dari pasukan yang terdiri dari Kyle Edmund, James Ward dan adiknya, Jamie. Skuad tersebut menjulang penghormatan Pasukan Tahunan dalam undian BBC.

“Ia adalah menarik untuk bersama pasukan sekali lagi. Saya tidak menjangka. Ia satu penghormatan untuk berada di sini di depan ramai atlet-atlet yang menarik. Saya hanya seorang peminat sukan hebat dan saya merasa gentar. Ini adalah perjalanan selama lima tahun kami berada di kedudukan terbawah tenis dan sekarang kami berada di ranking pertama dunia. Saya tidak pernah merasakan ia sesuatu yang mungkin,” katanya mengenai skuad Davis.

Dia memenangi 361,446 undian umum dalam persaingan tahunan dengan tempat kedua menerima hampir 100,000 undian.

Murray menuju ke Australia ketika dia menanti untuk menjadi seorang ayah, dengan isterinya dijangka melahirkan anak pada Februari.

Musim 2016 Murray bermula 3 Januari apabila dia menyertai Heather Watson dalam Piala Hopman di Perth sebelum beraksi dalam Piala Australia, di mana dia tewas dalam empat persaingan itu.

ARTIKEL YANG SAMA