Andy Murray tewaskan Raonic

Andy Murray tewaskan Raonic

CINCINNATI, 21 Ogos – Andy Murray menewaskan Milos Raonic bagi kali kelima musim ini ketika pemenang pingat emas Olimpik itu mendapatkan momentumnya ke final ATP-WTA Cincinnati Masters semalam.

Murray mencatatkan 6-3, 6-3 ke atas pemain dari Kanada itu untuk membuat pertemuan bersama pemenang dari persaingan diantara Grigor Dimitrov dan pilihan ke 12, Marin Cilic. Murray akan beraksi ke final untuk kali ketujuh berturut–turut musim ini selepas memenangi pertandingan ke 22.

Murray menewaskan Raonic dalam permainan pembukaan yang terjejas selama 15 minit akibat hujan turun, dengan pilihan keempat menghasilkan double fault yang memberikan persaingan.

Murray memenangi pertandingan ke lapan dari 11 pertemuan bersama Raonic ketika keduanya beraksi bagi final Wimbledon pada Julai lalu yang dimenangi oleh pemain dari Scotland itu.

Andy Murray (kiri) berjabat tangan dengan Milos Raonic selepas Murray memenangi perlawanan dalam acara Separuh Akhir ATP-WTA Cincinnati Masters di Mason, Ohio. – AP
Andy Murray (kiri) berjabat tangan dengan Milos Raonic selepas Murray memenangi perlawanan dalam acara Separuh Akhir ATP-WTA Cincinnati Masters di Mason, Ohio. – AP

Murray mencatatkan kemenangan ke 50 musim ini dan menghampiri trofi kelimanya pada tahun 2016.

Murray memberikan persaingan yang kuat untuk mengetepikan Novak Djokovic dari rangking nombor satu.

Jika dia mencatatkan kemenangan gelaran kali ketiga, dia boleh mengekori Djokovic dengan kurang dari 815 mata.

Kekalahan Raonic menafikannya peluang untuk mengatasi Roger Federer yang mengalami kecederaan, Stan Wawrinka dan Rafael Nadal untuk mengambil alih rangking ketiga dalam senarai ATP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA