Anfield satu lagi ujian LVG

Anfield satu lagi ujian LVG

LONDON, 15 Jan (AFP) – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal lebih suka membawa persembahan hambar pasukan di merata tempat tetapi bukan ketika menentang musuh ketat mereka di Anfield Ahad ini ketika spekulasi tentang masa depannya di Old Trafford berterusan.

Ujian dan kesukaran Van Gaal terus menguasai halaman belakang dengan United tercicir ke tangga keenam selepas bolos jaringan penyamaan minit akhir untuk seri 3-3 di Newcastle United Selasa lalu dalam satu keputusan yang dikatakan pengurus dari Belanda itu seperti satu kekalahan.

Sebaliknya, keputusan seri Liverpool 3-3 menentang Arsenal 24 jam lalu dirasakan seperti satu kemenangan kepada bos Juergen Klopp selepas jaringan penyamaan Joe Allen minit ke-90 yang menghalang penguasaan Arsene Wenger di kedudukan teratas.

Permusuhan Liverpool bersama United adalah salah satu yang paling tegang dalam bola sepak Inggeris, dan walaupun selepas keputusan seri Arsenal, Klopp sudah memikirkan mengenai kunjungan United ke Anfield.

Kunjungan ke Anfield Ahad ini menjadi satu lagi ujian getir terhadap kepimpinan Louis van Gaal (kiri). – Reuters
Kunjungan ke Anfield Ahad ini menjadi satu lagi ujian getir terhadap kepimpinan Louis van Gaal (kiri). – Reuters

“Ia adalah perlawanan bola sepak yang hebat,” katanya, “dan pasti, kita akan bercakap mengenai perlawanan ini. Mungkin tidak terlalu lama kerana Ahad ini kami akan menentang Manchester United, tetapi bukanlah mudah untuk melupakannya,” katanya.

Kedudukan Van Gaal jauh daripada bersemangat selepas kehilangan dua mata penting, dan kemudian mengejek wartawan pada akhir sidang akhbar selepas perlawanan.

“Kami perlu menang dan kami tidak melakukannya, kami kecewa tetapi hanya boleh menyalahkan diri sendiri,” katanya.

Masalah besar yang dihadapi Liverpool mungkin kebimbangan kecederaan mereka berbanding rentak hambar United menyaksikan mereka menang dua perlawanan dalam lapan perlawanan liga.

Liverpool menyaksikan 11 pemain dalam bilik rawatan walaupun mereka menunjukkan kebangkitan untuk mendapatkan satu mata ketika menentang Arsenal.

ARTIKEL YANG SAMA