Anfield ujian getir Arsenal

Anfield ujian getir Arsenal

LIVERPOOL, 12 Jan (AFP) – Arsene Wenger berkata Arsenal akan menghadapi ujian getir dalam persaingan gelaran Liga Perdana apabila menentang Liverpool, esok.

Pasukan Wenger berkunjung ke Anfield dengan kelebihan dua mata di kedudukan teratas dan memenangi lima daripada enam perlawanan liga.

Kemenangan pusingan ketiga Piala FA ke atas Sunderland hujung minggu lalu melanjutkan rentak kemenangan mereka dan Wenger mengakui kejayaan pasukannya itu mengukuhkan kepercayaan mereka boleh melangkah ke separuh akhir kedua musim ini.

Pengurus Gunners tahu sebarang pertemuan bersama Liverpool membawa ketajaman tambahan yang pernah ditunjukkan apabila pasukan itu menentang Merseyside musim lalu, dengan tuan rumah meraih satu mata menerusi jaringan penyamaan minit akhir Martin Skrtel.

“Momentum tersebut mencipta keyakinan dan keyakinan adalah penting pada peringkat itu,” kata Wenger. “Disember lalu dan sekarang Januari kami begitu konsisten dan kami berada dalam bahagian musim yang penting kerana kami beraksi banyak perlawanan.

Alexis Sanches (tengah) bakal menguatkan barisan Gunners untuk menentang Liverpool di Anfield. – Reuters
Alexis Sanches (tengah) bakal menguatkan barisan Gunners untuk menentang Liverpool di Anfield. – Reuters

“Setiap kali pergi ke Anfield, kami menghadapi pasukan yang bersemangat. Ia selalu menjadi persaingan sengit, tidak mengira siapa pengurusnya.

“Mereka memiliki pengurus yang kuat sebelum ini, mereka mempunyai orang yang lebih kuat sekarang dan Jurgen Klopp juga memiliki personaliti di sana.”

Wenger berharap untuk menambah pemain midfield, Mohamed Elneny dalam skuadnya minggu ini. Saya menjangka Mohamed diturunkan dan kami positif minggu ini ia berlaku,” katanya.

Dan pilihannya akan dikuatkan dengan kepulangan Alexis Sanches yang kembali cergas, walaupun penyerang Chile itu tidak akan bersama-sama membuat kunjungan ke Liverpool.

“Kami merasakan esok datang cukup pantas,” kata Wenger. “Dia berpeluang untuk beraksi menentang Stoke Ahad ini. Dia selalu mahu beraksi.”

ARTIKEL YANG SAMA