Angelique Kerber tetap optimis

Angelique Kerber tetap optimis

SYDNEY, 6 Jan – Angelique Kerber memiliki satu peluang terakhir untuk menyerlah menjelang persaingan Terbuka Australia selepas tersingkir lebih awal dalam pertandingan Antarabangsa Brisbane, tetapi menegaskan merasa gembira dengan pertandingan menjelang pemanasan terakhirnya di Sydney.

Pemain nombor satu itu, bersedia mempertahankan gelarannya pada pertandingan pembukaan Grand Slam di Melbourne Park, tidak disangka tersingkir dari pertandingan Brisbane dalam suku akhir hari ini kepada Elina Svitolina dari Ukraine.

Biarpun kekalahan 6-4, 3-6, 6-3, Kerber berpuas hati dengan rentaknya ketika dia bersedia untuk bersaing dalam WTA/ATP Antarabangsa Sydney, yang berlangsung pada Ahad ini.

“Saya merasa gembira dengan permulaan saya (tahun ini). Sudah tentu saya kecewa bagaimana saya kalah pada suku akhir,’ katanya.

“Tetapi saya boleh mendapatkan yang positif dari pertandingan itu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA