Anggota ASMDB derma darah

Anggota ASMDB derma darah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seramai 150 orang Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) hari ini menderma darah dalam Kempen Menderma Darah sempena Hari Ulang Tahun ASMDB ke-28, bertempat di Bangunan Gerakan dan Latihan, Kem Rimba, Gadong.

Turut menderma darah ialah Pegawai Pemerintah ASMDB, Leftenan Kolonel Haji Mohd Sheh bin Haji Bagul, pegawai-pegawai ahli simpanan, jurulatih-jurulatih serta ahli tetap dan ahli simpanan.

Kempen tersebut bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan anggota ASMDB serta untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam stok penyimpanan darah bagi masyarakat yang memerlukan.

Pemeriksaan dijalankan sebelum menderma darah.
Pemeriksaan dijalankan sebelum menderma darah.
Antara anggota ASMDB yang menderma darah, kelmarin.
Antara anggota ASMDB yang menderma darah, kelmarin.

Sepanjang sambutan hari ulang tahun ASMDB, beberapa acara telah pun disusun untuk memeriahkan lagi sambutan, antaranya ialah mengadakan kerja-kerja amal iaitu membersihkan serta membesarkan kawasan tanah perkuburan orang Islam dan membersihkan kawasan masjid kampung Kilanas dan kempen menderma darah adalah merupakan aktiviti penutup sempena sambutan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA