Anggota bomba laksana aktiviti amal

Anggota bomba laksana aktiviti amal

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Dalam menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi ‘D’ telah mengadakan aktiviti amal membersihkan tanah perkuburan Kianggeh di ibu negara, kelmarin.

Seramai 30 pegawai dan anggota bomba dari Cawangan Operasi ‘D’ bersama keluarga Allahyarham ABKS 215, Awang Hamid bin Serudin, menyertai aktiviti amal berkenaan, yang diteruskan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Operasi ‘D’, SFR Nohi Irwan Sukarkaki bin Haji Pawi.

Aktiviti amal ini adalah antara acara tahunan yang diadakan setiap menjelangnya bulan Ramadan.

Seramai 30 pegawai dan anggota bomba dari Cawangan Operasi ‘D’ ketika menyertai aktiviti amal bersih kubur.
Seramai 30 pegawai dan anggota bomba dari Cawangan Operasi ‘D’ ketika menyertai aktiviti amal bersih kubur.

ARTIKEL YANG SAMA