Anggota JSKLL cedera motosikal hilang kawalan

Anggota JSKLL cedera motosikal hilang kawalan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) Polis Diraja Brunei cedera dan dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabit dalam kemalangan di depan sebuah pasar raya terkemuka di kawasan Terunjing, Lambak, Berakas.

Aduan diterima melalui 993 sekitar pukul 9 pagi yang maklumkan ada kemalangan sebuah kereta di kawasan Terunjing berhampiran Pasaraya Milimewah. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Mangsa seorang lelaki berumur 32 tahun dilaporkan mengalami patah pergelangan tangan dan masih dirawat di hospital.

p06-3_20160119