Anggota kanan IS dilapor maut

Anggota kanan IS dilapor maut

SYDNEY, 31 Jan – Perekrut paling senior Australia dalam kumpulan Negara Islam (IS) di Syria, yang dilaporkan dikaitkan dengan satu komplot untuk menyerang perayaan Hari Anzac, telah terbunuh, kata media tempatan hari ini.

Berita kematian Neil Prakash disiar di aplikasi komunikasi Telegram, lapor akhbar Melbourne Herald Sun, memetik seorang anggota IS.

“Ia disiar di Telegram,” beritahu seorang anggota, yang tidak diberikan nama, kepada akhbar. “Saya tidak mengenalinya, tetapi saya dengar.”

Akhbar berkata tidak adanya butir-butir mengenai bagaimana, bila dan di mana Prakash, yang meninggalkan Australia pada 2013, terbunuh.

Seorang jurucakap Peguam Negara Australia George Brandis berkata kerajaan “tidak dapat mengesahkan laporan kematian Neil Prakash pada masa ini disebabkan keadaan keselamatan yang serius di Syria dan Iraq.”

Prakash – juga dikenali sebagai Abu Khaled al-Cambodi – dikaitkan dengan komplot Hari Anzac, apabila Australia menghormati mangsa korban perang. Sevdet Besim, 19, menghadapi empat dakwaan berkaitan dengan rancangan serangan pada 25 April tahun lalu.

Seorang budak lelaki berusia 15 tahun di Britain pada Oktober dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana menghasut Besim melancarkan “komplot pengganas besar’ pada acara tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA