Anggota kanan IS maut di Syria

Anggota kanan IS maut di Syria

DAMSYIK/WASHINGTON, 3 Julai (dpa) – Serangan udara Amerika Syarikat mengorbankan seorang pejuang Negara Islam (IS) terkemuka di Syria, menurut Pentagon semalam.

Anggota militan Tunisia Tarik bin Tahar al-Awni al-Harzi terbunuh di Syria berhampiran sempadan dengan Iraq pada 16 Jun.

Amerika Syarikat menawarkan hadiah sehingga AS$3 juta bagi sebarang maklumat mengenai kedudukan beliau.

Kematian beliau menjadikan lebih susah bagi IS untuk menggerakkan senjata dan para pejuangnya di dan keluar dari Iraq dan Syria, kata jurucakap Pentagon Jeff Davis.

Al-Harzi membekalkan anggota militan dengan senjata yang dibeli di Libya serta juga peranti bahan letupan bagi serangan bom kereta dan serangan bunuh diri.

Gambar yang dikeluarkan oleh Pentagon menunjukkan Tariq bin Tahar al-Awni al-Harzi.
Gambar yang dikeluarkan oleh Pentagon menunjukkan Tariq bin Tahar al-Awni al-Harzi.

Beliau turut membantu pejuang-pejuang dari Eropah untuk memasuki Syria melalui Turki.

Pada hari sebelumnya Amerika Syarikat berjaya membunuh adik lelaki al-Harzi yang dikenali sebagai Ali di wilayah Mosul, Iraq.

Ali disyaki terbabit dalam serangan ke atas konsulat Amerika Syarikat di Benghazi pada september 2012.

Empat diplomat Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan itu termasuk Dutanya.

ARTIKEL YANG SAMA