Anggota keluarga MH370 fail saman

Anggota keluarga MH370 fail saman

BEIJING, 7 Mac (AFP) – Kaum keluarga kepada dua belas penumpang China yang berada di dalam penerbangan MH370 pesawat Sistem Penerbangan Malaysia yang telah hilang, mula memfailkan tindakan mahkamah ke atas Sistem Penerbangan Malaysia di mahkamah Beijing hari ini, sehari sebelum had akhir undang-undang untuk berbuat demikian.

Memenuhi pejabat kecil di Mahkamah Pengangkutan Landasan Beijing yang telah ditugaskan untuk menangani kes MH370, mereka membawa kad manila dengan kertas litigasi di tangan mereka.

Sebilangan mereka mengalirkan air mata, dan kemudian meminjam tisu dari orang bersebelahan mereka untuk mengelapnya, sebelum menyerahkan dokumen mereka kepada pegawai-pegawai mahkamah.

Penerbangan itu, bersama 239 orang di dalamnya, termasuklah 153 warga China – hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac 2014, dan pihak berkuasa berkata pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

Di bawah perjanjian antarabangsa kaum keluarga mempunyai masa dua tahun untuk menyaman berhubung nahas udara itu.

Dua anggota keluarga penumpang China yang menaiki kapal pesawat Penerbangan Malaysia, MH370, menangis semasa meninggalkan Mahkamah Pengangkutan Landasan Beijing. – AFP
Dua anggota keluarga penumpang China yang menaiki kapal pesawat Penerbangan Malaysia, MH370, menangis semasa meninggalkan Mahkamah Pengangkutan Landasan Beijing. – AFP

Namun kebanyakan keluarga dari penumpang China masih percaya anggota keluarga mereka masih hidup dan ‘bercanggahan dengan keputusan untuk memfailkan tindakan di mahkamah, menurut peguam Zhang Qihuai, yang firmanya, Lanpeng mewakili kumpulan yang memfailkan tindakan mahkamah hari ini.

“Mereka berpendapat selepas kamu menerima pampasan, syarikat itu boleh menafikan sebarang tanggung jawab seterusnya dan melepaskan tanggung jawab berhubung nahas itu, dan orang ramai akan dengan semula jadi melupakan semua perkara,” dia menjelaskan.

Pampasan yang dituntut adalah dari kira-kira lima hingga lapan juta yuan setiap mangsa, ujarnya, bergantung pada usia mereka dan pendapatan mereka.

“Pada asalnya ramai yang tidak berhasrat untuk menyaman, dan daripada mahu terus menunggu. Tetapi ada had masa, dengan itu mereka tidak ada pilihan lain – kehilangan hak untuk menyaman adalah satu yang amat menyakitkan.”

Beberapa buah firma perundangan di AS, Malaysia, Australia dan China telah memberitahu AFP bahawa mereka telah mula memfailkan tindakan mahkamah bagi pihak anggota keluarga yang menuntut pampasan yang tidak didedahkan jumlahnya.

ARTIKEL YANG SAMA